Monday, September 5, 2011

Raya Oh Raya 2011

I'm back......dah lama yantimun menyepi kini ku kembali kita lupakan sebentar ke munculanku kembali untuk berkarya di laman blog nie....

Tahun nie raya ku amat bermakna selama 2 tahun aku tidak dapat berpuasa dengan family selama ini aku berpuasa di perantauan. semasa berpuasa di perantuan aku hanya bersahur dgn air suam dan roti bersama-sama dengan rakan sebilikku selamat la ada adik2 yang sama dengan blokku rajin bersahur dengan ku terubat sikit rasa hati pada mak,abah dan adik2.

Tahun ini aku ambil kesempatan yang dah lama aku tidak kecapi nikmat berpuasa yang sebenar.setiap pagi aku akan bangun untuk siapkan makanan untuk mak,abah dan adik2 ku. petangnya akan ku sediakan juadah untuk berbuka walaupun pun aku penat semua itu bukan penghalang untuk aku untuk siapkan juadah untuk berbuka nanti.aku sentiasa melengkapkan diet yang sihat untuk juadah yang aku siapkan untuk family ku.Raya tahun ini kelamkabut sikit mahu tidaknya semua orang sibuk nak raya kami pulak sibuk dengan rumah tengah renovation kelam kabut dijangka renovation boleh siap dalam sebulan tapi tak siap2. Itu semua tidak menghalang kami adik beradik beraya sakan tahun ini.

setelah genap 30 hari umat islam berpuasa kini tiba la Raya...Raya Oh Raya....hahaha sukanya teringat zaman kanak2 dulu jika raya menjelang nie yang aku ,adik2 dan rakan-rakan seberek dengan kami nie la masanya kami pusing 1 berek dan taman berdekatan untuk kumpul duit raya .dulu kalau dapat duit raya 50sen pun dah rasa banyak kalau sekarang lain lak jadinya mau tidaknya aku bagi RM1 lepas je aku bagi duit raya dengar la budak2 tu cakap kedekutnya kakak tu seringgit je dia bagi aku dengar macam nak cubit je pipi budak2 nie... je selamat le anak orang kalau anak aku dah lama aku tarik telinga dia.

kembali kepada kepada cerita sebenar yang aku nak ceritakan tahun ini aku berjumpa kembali rakan-rakan sekolah yang lebih 10 tahun aku tidak jumpa. pada minggu2 terakhir puasa aku dan best friend forever shopping baju raya dah lama aku tak jadi kutu embun dalam pukul 3 pagi baru le aku sampai rumah.


Pada raya pertama aku pergi ke kubur atuk dan nenek. surah al-fatihah dan surah yassin kami sedekahkan terasa sayu hati ini genap 5 tahun pemergian atuk dan nenek terimbau kembali kenangan ku beraya dengan atuk dan nenek .bila tiba je raya kami sekeluarga rasa seronok nak balik kampung untuk beraya dengan atuk dan nenek. Bila kami sampai je di kampung atuk dan nenek akan sambut kepulangan kami . atuk yang paling gembira jika kami adik beradik balik mahu tidaknya kami la cucu yang paling rapat dengan atuk.setiap hari raya atuk akan belikan kami bunga api dan mercun untuk kami. bunga api dan mercun senyap2 atuk belikan untuk kami adik beradik tanpa pengetahuan nenek kalau nenek tahu sah2 la atuk kena ceramah dengan nenek.manakala pada malam raya kami cucu perempuan tak dibenarkan main dan ditugaskan untuk mengemas rumah dan tolong nenek didapur tapi aku nie cucu yang paling degil dan nakal ade saje idea untuk aku lari dari kerja2 tu.selalunya aku berjaya dengan tipu helah yang aku buat itu pun atas bantuan atuk.itu semua kenangan yang tak dapat aku lupakan semasa beraya dengan atuk dan nenek di kampung.

Setelah pulang dari menziarah kubur atuk dan nenek kami sekeluarga beraya kerumah mak cik habis je beraya di rumah mak cik entah macam mana mak dan abah teringat nak beraya di rumah kawan sekerja dengan ayah dulu bila abah sebut je nama pak cik nie aku dah fobia mahu tidaknya kenangan 15 tahun yang amat menyakitkan sehingga aku fobia dengan berkata cinta.aku imbau kembali kenangan 15 tahun yang lalu masa tu aku tingkatan 3 bakal menghadapi PMR masa ini orang duk kata cinta monyet. Pak cik nie jiran sebelah rumah kami dan dia ada 4 orang anak 1 perempuan 3 lelaki anak yang nombor 2 nie sebaya dengan aku dia sekolah agama hanya kadang2 je bila hari minggu dia balik rumah aku pun bukan rapat sangat dengan dia aku paling rapat dengan kakak dan adik2 dia.boleh dijadikan cerita macam mana adik beradik dia nie cuba rapatkan kami pada mulanya aku paling anti dengan dia mahu tidaknya bila dia jumpa dengan aku ade saja ceramah agama yang tidak berbayar aku dengar suruh aku jadi baik la untuk jadi contoh.kadang2 aku saja buat muka selamba aku suka kata kat dia "ustaz .....kalau suka sangat nak bagi ceramah dekat saya itu semua buang masa ustaz je sebab saya nie budak jahat tak suka nak dengar ceramah ustaz lebih baik ustaz bagi dekat orang yang nak dengar ustaz bagi ceramah" entah macam mana aku ada dapat panggilan daripada dia pada mulanya aku ingat kawan sekolah rupa2 dia entah macam mane nie la kali pertama aku rasa jantung berdenyut kencang aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia.maka terungkai la misteri yang dia sembunyikan dari aku.rupanya dalam senyap dia minat dengan aku dan semua perbuatan dia yang saja buat aku sakit hati itu semua adalah cara dia cuba nak dekati aku.sejak dari hari itu kami dah bertambah dekatdan rapat. mak dan ayah kami sedar yang kami nie semakin dekat kadang2 ade saja usikan dari keluarga kami nak berbesan la.hari yang boleh aku fobia dengan cinta adalah hari dimana ayah dan mak dia nak buat jamuan tukar rumah keluarga dia minta mak dan ayah aku bantu masak di rumah baru mereka dan ada buat panggang ayam jadi malam tu aku dan dia siapkan bara api untuk panggang ayam entah macam mana mak dia panggil aku untuk ambil ayam yang nak dipanggang semasa aku nak kedapur aku terserempak dengan sepupu dia yang minat sangat kat dia di jadikan cerita masa aku nak pergi dekat dia yang masa tu berbual dengan sepupu dia tergila2 sangat kat dia tu tergedik2 aku tengok dengan selamba dia tanya"awk sape ye yang awk kata terhegeh2 minat kat awk tu' dengan selamba dia kata kat sepupu dia budak yang duduk kat sebelah aku tadi masa tu aku rasa dia tak perasan aku kat belakang dia je sambil bertentang dengan sepupu dia.dengan hati yang panas aku kata nah kau bakar la sorang2 aku kan perempuan gedik yang terhegeh2 la nie kita dah tak kenal satu sama lain ok kau boleh belah.masa tu dia ade gak kejar aku untuk jelaskan pada masa tu memang hati aku macam dicabut.masa tu memang aku ego tak nak lansung dengar penjelasan dari dia pada aku dia penipu besar. sejak dari hari tu aku cuba elak jumpa dengan dia nak di jadikan cerita ayah aku pindah ke rumah kami jadi keluarga kami terputus terus hubungan dengan keluarga dia.sejak dari peristiwa tu aku jadi benci dengan lelaki aku rasa lelaki nie penipu.tapi raya nie menjadi sejarah bila keluarga aku ingin beraya kerumah keluarga dia .sampai je dekat rumah dia kami sekeluarga disambut oleh seorang pemuda boleh dikatakan tampan la.mata aku dan pemuda tersebut bertembung aku dan pemuda tersebut hanya membalas senyum. bagai nak luruh jantung aku bila aku dengar mak dia panggil nama dia ya allah hanya tuhan sahaja yang tahu ape perasan aku masa tu .masa aku dekat rumah dia aku buat muka biasa je mak dia banyak tanya tentang aku maka keluar la cerita dari mak dia bersungut anak mak cik yang sorang nie entah bila la nak kawin kawan2 dia semua dah kawin cuma dia nie je tak kawin ape yang ditunggu pun mak cik tak tahu. dengan selamba dia cakap sapa la sudi dekat dia entah macam mana mata kami bertembung sekali lagi kali nie entah macam mana jantung aku berdenyut kencang dengan cepat aku larikan lirikan mataku dari lirikan mata dia yang dah lama aku rindu untuk melihatnya. entah la sepanjang aku dekat rumah dia aku rasa macam ada mata yang tak lekang memerhatikan aku.pada masa tu aku rasa nak cepat je balik.

Manakala
pada hari raya kedua aku beraya sakan dengan best friend aku sukanya aku dah lama aku tak jumpa dengan member2 aku .kami sempat la beraya sakan.

No comments: