Thursday, June 4, 2009

wireless and data comunication

1 JUN 2009






TCP/IP protocol

* Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) adalah protokol yang diterima pakai untuk kegunaan Wide Area Network (WAN), Local Area Network (LAN) dan Internet.

*TCP - Penerima akan menghantar balik pengesahan kepada pengirim
TCP dikenali sebagai connection-oriented protocol


* UDP - Pengirim akan menghantar data tanpa perlu menunggu balasan dari pihak penerima. Dengan kata lain, pengirim tidak ambil peduli sama ada data tersebut sampai kedestinasi atau tidak.
UDP juga dikenali sebagai connectionless.


Alamat IP (IP Addressing)


*Setiap alamat IP terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Network ID dan Host ID.
Network ID umpama Jalan Utama, manalah Host ID merupakan alamat rumah yang ada di dalam jalan Utama .


* Alamat IP bersaiz 32 bit dan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu setiap bahagian mempunyai 8 bit.

Binary Nilai Bit Decimal

00000000 0 0

00000001 1 1

00000011 1+2 3

00000111 1+2+4 7

00001111 1+2+4+8 15

00011111 1+2+4+8+16 31

00111111 1+2+4+8+16+32 63

01111111 1+2+4+8+16+32+64 127

11111111 1+2+4+8+16+32+64+128 255



Contoh penukaran binary kepada Decimal

Terdapat 5 jenis kelas Alamat yang ada iaitu A, B, C, D dan E.
· Kelas A bit pertama mesti bermula dengan 0.
· Kelas B 2 bit mesti bermula dengan 10.
· Kelas C 3 bit mesti bermula dengan 110.
· Kelas D 4 bit mesti bermula dengan 1110.
· Kelas E 4 bit mesti bermula dengan 1111.


  1. · Julat alamat Kelas A diantara 1 sehingga 126.
  2. · Julat alamat Kelas B diantara 128 sehingga191.
  3. · Julat alamat Kelas C diantara 192 sehingga223.
  4. · Julat alamat Kelas D diantara 224 sehingga 239·
  5. . Julat alamat Kelas E diantara 240 sehingga 255.
Walaubagaimanapun kita hanya dibenarkan menggunakan kelas dari jenis A, B dan C sahaja. Alamat IP mempunyai 32 bit dan dipecahkan kepada 4 bahagian yang mana setiap satu mempunyai 8 bit dan kita wakili setiap bahagian sebagai w.x.y.z . Sekiranya alamat IP tersebut adalah 191.254.253.13, w = 191, x =254, y =253 dan z = 13 atau dalam bentuk binari adalah:

10111111.11111110.11111101.00001101 = 191.254.253.13

Cara mengiranya adalah dengan nilai decimal kepada binari seperti ini:
(rujuk rajah pertukaran binari kepada decimal)

Kalau 1 kita ambil nilai decimal mengikut kedudukannya di dalam bentuk binari dan nilai 0 untuk binari 0.

191 = 1011111 = 128 + 0 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 1

254 = 1111110 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 0

253 = 1111101 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 0 + 1

13 = 00001101 = 0 + 0 + 0 + 0 + 8 + 4 + 0 + 1

Subnetting
*Mengurangkan trafik di dalam rangkaian Optima prestasi rangkaianMudah dikendalikan

Alamat Kelas A (Class A)


Alamat IP dibahagi kepada 4 bahagian iaitu w.x.y dan z. Dimana setiap huruf akan diwakili dengan 8 bit.

Undang-undang mengatakan bit yang pertama mesti 0 (pertama dari belah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 00000000 sehingga 01111111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari
0 = 00000000
1 = 00000001
2 = 00000010
3 = 00000011
4 = 00000100
5 = 00000101
6 = 00000110
7 = 00000111
8 = 00001000
dan seterusnya sehingga
126 = 01111110
127 = 01111111 (ini nilai yang terakhir, sebab bit yang pertama mesti 0 untuk IP kelas A)

Maka IP kelas A bermula dari 0 hingga 127 TETAPI nilai 0 merupakan network number dan tidak boleh digunakan dan 127 merupakan local loop back (digunakan untuk melakukan ujian terhadap diri sendiri seperti menggunakan arahan ping pada alamat IP sendiri), juga tidak boleh digunakan. Oleh itu IP kelas A bermula dari 1 sehingga 126.

Sekiranya kita melihat alamat IP seperti ni 1.10.134.8 kita tahu ianya di dalam IP kelas A. Ini kerana pangkal 1 adalah di dalam IP kelas A. Begitu juga IP 13.233.222.32 berada di dalam IP kelas A.


Alamat Kelas B (Class B)

Undang-undang mengatakan 2 bit permulaan mestilah 10 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 10000000 sehingga 10111111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari
128 = 10000000
129 = 10000001
130 = 10000010
131 = 10000011
132 = 10000100
133 = 10000101
134 = 10000110
135 = 10000111
136 = 10001000
dan seterusnya sehingga
190 = 10111110
191 = 10111111 (ini nilai yang terakhir, sebab 2bit permulaan mestilah 10 untuk IP kelas B)

Maka julat alamat IP kelas B bermula dari 128 sehingga 191. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 155.76.76.8, nilai 155 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas B.

Alamat Kelas C (Class C)

Undang-undang mengatakan 3 bit permulaan mestilah 110 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 11000000 sehingga 11011111.
Nilai binari kepada decimal.
Decimal = binari
192 = 11000000
193 = 11000001
194 = 11000010
195 = 11000011
196 = 11000100
197 = 11000101
198 = 11000110
199 = 11000111
200 = 11001000
dan seterusnya sehingga
222 = 11011110
223 = 11011111 (ini nilai yang terakhir, sebab 3 bit permulaan mestilah 110 untuk IP kelas C).

Maka julat alamat IP kelas C bermula dari 192 sehingga 223. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 200.76.76.8, nilai 200 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas C.

Alamat Kelas D (Class D)

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1110 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 111000000 sehingga 111011111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari
224 = 11100000
225 = 11100001
226 = 11100010
225 = 11100011
227 = 11100100
228 = 11100101
229 = 11100110
230 = 11100111
231 = 11101000
dan seterusnya sehingga
238 = 11101110
239 = 11101111 (ini nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan mestilah 1110 untuk IP kelas D).

Maka julat alamat IP kelas D bermula dari 224 sehingga 239. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 230.76.76.8, nilai 230 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas D.

Alamat Kelas E (Class E)

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1111 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 111100000 sehingga 111111111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari
240 = 11110000
241 = 11110001
242 = 11110010
243 = 11110011
244 = 11110100
245 = 11110101
246 = 11110110
247 = 11110111
248 = 11111000
dan seterusnya sehingga
254 = 11111110
255 = 11111111 (ini nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan mestilah 1111 untuk IP kelas E).

Maka julat alamat IP kelas E bermula dari 240 sehingga 255. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 243.76.76.8, nilai 243 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas E.


Nota:
Alamat IP yang dibenarkan untuk digunakan hanyalah IP kelas A, B dan C. IP kelas D sering digunakan untuk multicast seperti yang digunakan di dalam protocol OSPF. IP kelas E pula digunakan untuk ujian.


Subnet Mask

Di dalam protocol IP, selain memberikan alamat IP kita perlu juga mengisikan ruangan Subnet Mask. Terdapat default subnet mask untuk setiap kelas.

IP kelas A 255.0.0.0
IP kelas B 255.255.0.0
IP kelas C 255.255.255.0

Sebagai contoh:

Alamat IP 10.100.10.1, default subnet mask adalah 255.0.0.0
Alamat IP 191.254.1.23 default subnet mask adalah 255.255.0.0
Alamat IP 192.168.3.1 default subnet mask adalah 255.255.255.0
Selain daripada default subnet mask yang dikhaskan untuk setiap kelas, IP kelas A boleh menggunakan default subnet mask kelas B dan C. Manakala IP kelas B boleh menggunakan default subnet mask kelas B dan C. Tetapi IP kelas C hanya boleh menggunakan default subnet mask kelas C.

JANGAN guna IP kelas C dan default subnet mask kelas A atau B. Walaupun komunikasi berjaya dilakukan tetapi mengundang masalah apabila terdapat dua jenis alamat IP digunakan.

JANGAN guna alamat IP yang berakhir dengan nombor 0 dan 255. Seperti 192.168.10.0 dan 192.168.10.255 (untuk kelas C), 191.254.0.0 dan 191.254.255.255 (untuk kelas B), 10.0.0.0 dan 10.255.255.255 (untuk kelas A). Sebab 0 merupakan nombor network dan 255 merupakan nombor broadcast.
JANGAN guna alamat IP lebih besar dari 255 sebab nombor tersebut tidak wujud.

No comments: